Thursday, April 8, 2010

apa tu ROJAK KATEH???

Salam sayang, salam hormat:):P

Mesti pembaca sekalian tertunggu apa pulak cerita nak dikongsikan oleh aku.....huhuhu... kalau orang luar mesti tak pernah dengar atau jarang-jarang dengar makanan nieee....dipanggil ROJAK KATEH.... sebenrnya rojak kateh nieee adalah salah satu makanan tradisional orang Terengganu sejak zaman berzaman lagik...umum pasti mengetahui bahwa orang ganu niee banyak juga makanan klasik cuma tak di komersial kan sahaja....





Rojak Kateh nieee memang first class yang pernah aku makan dekat REstoran Lempeng yang aku ceritakan pernah ceritakan dulu...masih ingat lagi tak??





....kalau kamu semua nak tahu cara membuat rojak kateh nieee aku dah ambik resepi niee daripada my resepi.com kalau nak cuba.....Ambik pen n kertas..salin yerrrr...dan jangan lupa kalau dah cuba masak tuuu apa lagikk hantar kat aku skett tauuu....hahhahahha...

Bahan-bahan ( Berkali-kali leh makan )

  • 1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
  • 1 senduk kecil lada giling
  • 2 senduk kecil cuka makan
  • Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
  • 1 keping gula nisan'/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
  • Sedikit garam & gula

Cara-cara

  1. Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  3. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
  5. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!
  7. * Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.
Tetapi sebelum ku terlupa.....untuk pesakit JANTUNG dan DARAH TINGGI tak digalakkan makan kerna makanan ini mempunyai kolestrol yang sangatttt tinggi!!!!

nantikan tak pasal2 tengok jadi macam nieee.....Ingatlah orang yang tersayang sebelum makan!!








No comments:

Post a Comment