Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

apa tu ROJAK KATEH???

Salam sayang, salam hormat:):P

Mesti pembaca sekalian tertunggu apa pulak cerita nak dikongsikan oleh aku.....huhuhu... kalau orang luar mesti tak pernah dengar atau jarang-jarang dengar makanan nieee....dipanggil ROJAK KATEH.... sebenrnya rojak kateh nieee adalah salah satu makanan tradisional orang Terengganu sejak zaman berzaman lagik...umum pasti mengetahui bahwa orang ganu niee banyak juga makanan klasik cuma tak di komersial kan sahaja....





Rojak Kateh nieee memang first class yang pernah aku makan dekat REstoran Lempeng yang aku ceritakan pernah ceritakan dulu...masih ingat lagi tak??





....kalau kamu semua nak tahu cara membuat rojak kateh nieee aku dah ambik resepi niee daripada my resepi.com kalau nak cuba.....Ambik pen n kertas..salin yerrrr...dan jangan lupa kalau dah cuba masak tuuu apa lagikk hantar kat aku skett tauuu....hahhahahha...

Bahan-bahan ( Berkali-kali leh makan )

  • 1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
  • 1 senduk kecil lada giling
  • 2 senduk kecil cuka makan
  • Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
  • 1 keping gula nisan'/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
  • Sedikit garam & gula

Cara-cara

  1. Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  3. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
  5. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!
  7. * Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.
Tetapi sebelum ku terlupa.....untuk pesakit JANTUNG dan DARAH TINGGI tak digalakkan makan kerna makanan ini mempunyai kolestrol yang sangatttt tinggi!!!!

nantikan tak pasal2 tengok jadi macam nieee.....Ingatlah orang yang tersayang sebelum makan!!








Pantai Marang Terengganu dan Restoran Lempeng Nyior

Salam hormat, salam sayang :):)

hari niee, aku nak cerita pasal dekat Pantai Marang Terengganu. well, kita tahu bahwasanya Terengganu adalah negeri yang paling panjang pantainya di Malaysia kalau tak percaya....
THE LONGEST BEACHES IN MALAYSIA (click tau..)









sebenarnya, aku ada banyak gambar pantai sebab aku memang suka travelling....terutamanya family aku....walaupun zaman skrg orang suka beritahu..."wat apa penat2 drive jauh2...knapa tak naik aeroplanekan ada..." bagi aku... ya aku memang setuju hal tuu...tapi bagi aku pemandangan pantai sepanjang terengganu sampai ke Kuala Lumpur tuuu lebih indah dipandang ke kiri berbanding memandang ke bawah....hahahaha....


( *pening kepala...raserrr nak..Uwekkk....TIDAKKKKKKK*)


sebenarnya, aku nak citer aku berhenti di sebuah Restoran LEMPENG NYIOR yang paling famous kat Marang....memang BEST sangat!!!! tapi aku tak nak citer pasal makan tapi nak cerita dia punya tempat tuuu kawan mama aku.... tuan punya kedai tuu dah lama pencen dan yang pasti family dia memang baik (bukn nak bodekss k.....REALITY!!!)

environment kedai tuu mmg bersih and kedai makan tuu berdekatan dengan pantai...sangat dekat....sempat jugak aku posing with my youngest sisterrr....n biaserrnya tempat niee menjadi salah satu perhentian sebelum sampai ke rumah kat gong badak (rumah aku laa tuu) kalau travel dari KL atau Segamat (mak aku org segamat)...

Inilah kedainya,



perhatikan betul2 apa yg ada kat sini tau...!!!




yang klasiknya kedai nieee...tgklaaaa...bumbungnyaaa....:P:P fuyooo payah nak carik kedai guna bumbung nieee tauuuu!!!



kalau kat sini ada lempeng nyior mesti kat sini ada jugak air nyior kan??....huhuhu...

MESTI ADA!!


oleh kerana niee musim kemarau tahun lepass....ombaknya fuhhh.....



my mom n my youngest sister, yayah!!!




siapa boleh teka....pulau apakah ituuu???!!!



(Inilahh PULAU KAPAS)

kali niee, aku pulak berposing yerrr....

(if gambr senget2 tuu....adik ku yg tcomey ambik....huuhuhh)






sekian sahaja, nantikan cerita lain pulak k.....banyak lagi yang aku ingin kongsikan untuk pembaca blog yang aku sayang!!!

With Love, love n Love....