Showing posts with label seronok. Show all posts
Showing posts with label seronok. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Kem PLKN Terengganu

Salam Sayang, Salam Hormat:P:)

Oleh kerana, budak2 PLKN kumpulan 2 akan tamat tidak lama lagi...tiba2 ku terfikir nak britahu bahawasanya di Trengganu juga terdapat 2 kem yg masih aktif dan hanya satu shj yg tidak beroperasi..


.


Sebenarnya aku juga adalah bekas pelatih PLKN kumpln 1/2009 ...tetapi aku mendapat latihan di Kem PLKN Cancun PArk, Pasir Mas, Kelantan.

Untuk pengetahuan umum, aktvt dan program kebanyakkan adalah sama di semua kem seluruh Malaysia... Di sini aku lampirkan alamat kem yang masih beroperasi hanya Kem Peladang Setiu sahaja ditutup kerana masih dlm pembaikan...

KEM PLKN CHENEH CEMERLANG
Alamat : KEM PLKN CHENEH CEMERLANG, JALAN JERANGAU JABOR, BANDAR CHENEH BARU, 22000 KEMAMAN, TERENGGANU
NO. Telefon : 09-8730288 / 188
NO. Faks : 09-8732388 / 0542
E-Mail : plkn_cheneh@khidmatnegara.gov.my


Alamat : KEM PLKN MERANG SURIA, LOT 1841, KG RHU TAPAI, MERANG, 21010 SETIU, TERENGGANU
NO. Telefon : 09-6532103 / 09-6532105
NO. Faks : 09-6532104
E-Mail : plkn_merang@khidmatnegara.gov.my


kepada mana2 pembaca tak payahlaa tukar2 kem terutamanya bila mendapat kem di Terengganu kerana aktivitinya sama sahaja dan suasananya lebih kurang sama shj iaitu PANAS tetapi kem di Terengganu kurang sikit sbb terletak berhmpirn dgn pantai...

Information untuk sesiapa yg tidak pernah mengikuti latihan PLKN~~

+terdapat beberapa modul seperti...
-Modul Fizikal
-Modul Kenegaraan
-Modul Pembinaan Karakter
-Modul Khidmat Komuniti

+dpt duit RM450.00

+Di dalam kem,
-ada klinik askar (jadi jgn risau kalau ada siapa2 sakit...)
-ada surau senang kalau nak sembahayang jemaah utk pljr bukn Islam setiap hujung minggu anda akn dihntr ke kelas keagamaan anda...
-ada padang kawad yg luas byk progrm dibuat di sini
-ada padang utk bola sepak, bola jaring dan court utk sepak takrw n bola tampr trdapat juga peralatan utk BAdminton, ping pong
-yg penting ada tempat utk tidur dan tandas n blik mandi
-ada beberapa kelas utk modul pembinaan karakter (PB) yg dibahagi kpd beberapa kumpuln
-tanah untuk berkebun just for boyz only
-ada bebarapa tempt untuk modul Fizikal

ini stakat yg aku ingat...huhuhu...
(akan di upload gmbr kemudian... mslh intrnt slow)





Pulau Monsoon Cup, Ktrg

Salam Hormat, Salam SayanGGGG!!!:P:)

rindu serindu-rindunya pada blog aku nieee....
maaf udah lama sangat2 aku tak update blog bukan kerana aku malas tapi kenkangan masa sbb ingin menumpukan sepenuhnya kepada peperksaan akhir aku....
Alhamdulillah semuanya sudah selesai...hanya menunggu result pada 16/6 ini...huhuhu...

Mesti semua mesti terfikir mana ada Pulau Monson Cup kat Terengganu niee...hehehhe
sebenarnya umum sudah mengetahui bahawa Monsoon Cup adalah acara kapal layar yg pling berprestij di Malaysia dan di seantero dunia...
acara ini di adakan di Pulau Duyong yg memang unik dengan keindahan pulaunya dan terletak betul2 di Jambatan Sultan Mahmud...

Apa yang ada kat Pulau Duyong??...ini antara tempat2 yg sempat kakak ku ambil gmbr...

Jom tengok...













































gambr tuu sepatutnyaa ditengok dari bawah smpai ke atas....hehehe....
tersilap uploadd...maaf yerr....

sekian sahaja...nantikan pula akan datang ada apa dalam rumah dibawah ini...

inikan bukan sebarang rumah tau....nantikan blog akan datang...



Sekian Terima kasihh semua pembaca SayangKU!!!

Friday, April 30, 2010

Noor Arfa BAtik, Chendering

Salam sayang, salam hormat:P:)

Apa khabar semua???...aku sihat kat sini harap anda juga sihat...
hari niee setelah ku berjanji hari tuu akan ku ceritakan tentang Noor Arfa Batek di Chendering betul x??? kalau siapa tak tahu silalah baca blog2 aku yg lepasss....huhuhu

oleh kerna Noor Arfa niee telah lama ditubuhkan...*betul k dah lama??...x percaya...tak apa... aku sediakan gmbr niee utk anda....



kan dah cakap dah laaammaaa.....SINCE 1990

Noor Arfa Batek nieee melalui perhatian aku....
-menjual segala jenis kain sutera yg memang cantik dan sgt lembut-
-menjual juga kain batik Terengganu-
-aneka perhiasan dari pantai timur-
-cenderamata juga dijual untk pelanggannya-
-menjual jugak cecair pembasuh kain sutera-
-selendang atau kain saprah juga ada disediakan-
-baju tidur pumm ada....-
-aku ada sepasang baju kaftan wat tidur mmg lain drp yg lain....kalau kita beli yg jenis siam cofirm!! turun warna tapi kalau kain Noor Arfa takkan turun warna dan bajunya tahan juga dari segi jahitan dan coraknya yg mmg menarik-

setakat itu shj yg ku tahu serba sedikit tapi tak apa....aku hari tuu dah bagi link kat anda semua kan tapi tak apa....ku bagi lagik sekali.....untuk pembaca tercinta sekalin....
Noor Arfa BAtik

maserr zaman sekolah aku pernah pergi kesini jadik adalah beberapa keping gmbr yg kusediakan ini...JOm saksikan....

seorang pekerja sedang membuat corak utk terapan batik....(lebih kurang cam tuu laaa)




aku yg sedang mencuba mewarnai batik...Biar comot pum...hahahah




seorang pekerja sedang menyiapakan songket...



lihat kain sutera yg sedang dikeringkan dan sedia untuk dijual...



lihat seorang pekerja sedang khusyuk menunjukan dekat aku cara membuatnya...





inilah antara corak-corak yang disediakan untuk membuat batik...



ini adalah aktiviti mencanting batik...






ini pula aktiviti mewarna slepas mencanting...




akhirnya, aku bergmbr dgn kawan aku dekat lobi Noor Arfa Batik yg memang sgt luas dan cantik dari segi reka bentuknya dan hiasan lanskap yg bagi aku mmg 5STAR laaa...



sekian sahaja dari aku...Insya-Allah kalau dipanjangkan umur ingin aku pergi kesana lagi...mmg best sgt...dan aku kena bawak duit byk sikit sbb biaserrlahh kalau barang bermutu mesti harganya mahal tapi berbaloi-baloi...(wat mcm celcom blueee...berbaloi-baloi....)

Terima kasih PEmbaca sayang ku sekalian....:P:P nantikan blog ku yg akan datang...

Wednesday, April 28, 2010

Pulau Poh, Tasik Kenyir (part 1)

salam syaang, salam hormat :P:)

apa khabar semua pembaca blog sekalian....???
maaflahh semalam aku hanya sempat membuat satu tajuk shj sbb aku kena belajar...tapi tak apa hari niee aku nak cerita pasalm waktu perkhemahan aku di zaman sekolah duluuu...

aku ingat nak buat bhagain satu dan bahagian dua sbb byk sebanrnya yang kita boleh dpt dekat TAsik Kenyir nieee....bukan shj kehebatan penjanaan hidroelektrik tetapi juga panorama dan juga pulau-pulau kecil yg terdapat di dalm Tasik Kenyir niee...



Info Tentang TAsik Kenyir
-memunyai lebih kurang 340 buah pulau2 kecil-
-keluasan seluas 2600 km persegi-
-merupakan tasik buatan Manusia-
-mempunyai 10 tmpat penginapn yg berbeza tiap2 satu tak termasuk tapak perkhemahan-
-tempat tumpuan kaki pancing-
-tmpat penjanaan kuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud-
-terbentuk drp 15 batang ank sungai yg dipenuhi air-
-mempunyai lebih drp 14 buah air terjun menjunam dari kecerunan 500 kaki-
-utk penggemar aktvt lasak mmg mcm ada aktvt yg sesuai utk anda...sbb Tasik kenir niee mmpunyai Hutan Dara yg hampir 130 tahun...hebatkan???..-

itu shj yg aku tahu serba sedikit pasal Tasik Kenyir tapi byk lagi...Kunjungilah laman sesawang di TAsik Kenyir (klik tau..)



kembali kpd tajuk cerita aku kali niee tentang waktu perkhemahan sekolah menengah ku di Pulau Poh, Tasik Kenyir...memang itu pengalaman yg paling aku takkan lupa sampai bila2... sbb disinilah mcm2 aku belajar tentang TAsik Kenyir niee...drp setakat tahu Penjanaan Hidroelektrik niee tetapi rupa2nya mcm2 aktvt yg dpt dijalankan....jom!! lihat gmbr yg telah ku sediakan....

muka zaman dulu.....aku kadet polis tauuu...:P:P



pengangkutan bus sebelum ke Tasik Kenyir.... we also have a ETA thats folow with us that is Miss Anne Swindle...very beautiful n intelligent Women`s...



Semangat Perkhemahan apabila sampai disana....








inilah pengangkutan ku sebelum ke Pulau Poh tuu...



pemandangan sebelum sampai ke Pualu Poh....



hampir smpai ke destinasi kami...



Alhamdulillah, akhirnya selamat tiba di Pulau Poh....



sekian shj utk bahagian 1....nantikan bahagian 2 berkisar tentang aktiviti apa yg dijalankan disana...Sabar yeayyy....!!! See u....

Terima kasih Pembca sayangku sekaliannnn!!!





Chendering BEsTT!!!

Salam hormat, Salam sayang:):)

apa khabar semua???....harap semuanya sihat walafiat belaka....
oleh kerana, byk hari sudah aku tertinggal untuk menulis blog....jadi aku cadang nak wat dua tajuk mlm nieee...huhuhu...
so, untuk kali niee aku nak cerita pasal Chendering, Terengganu
sebenarnya aku pernah tinggal dan menetap dekat Taman Permint Jaya, Chendering tetapi oleh kerna adik-beradik makn bertambah dan makin membesar jadi mak aku pun bercadang berpindah buat rumah baru di Gong Badak dan rumah ku skrg yg di Chendering dijadikan rumah sewa...Opsssss....

sebenarnya banyak keuntungn tinggal dekat Chendering sebab dekat dengan bandar dan pelbagai pusat perlancongan negeri Terengganu serta terkenal dengan keropok lekor 007 (double O Seven)






Untuk pengetahuan semua.... Keropok lekor yang paling best adalah kena banyak isi ikan darpada sagu dan mestilah KURANG MASIN...serta keropok lekornya di masak dengan kayu api bukan ats dapur gas...
*org tua2 ckp masak guna kayu api lagi rasa masakan tapi zaman skrg semua nak cepat sbb tuu guna dapur gas...*
keropok lekor niee smeuanya boleh didapati sepanjang perjalanan ke Chendering tetapi boleh juga didapai dekat dengan MAsjid Terapung, Kuala IBai.... Best keropok lekor 007 kat situ...

bukan sahaja keropok lekor yang famous kat Terengganu tapi yg pasti siapa yg tak tahu?? NOOR ARFA BATik yang unik dengan koleksi kain sutera yg Hebat dan coraknya yg sgt kreatif dan menarik... tak lupa jugak pembuatan kain batik dan kain songket yg menjadi lambang kepada Negeri di pantai Timur....


(click link utk ke laman web Noor Arfa Batik)

jadik kalau siapa2 yg merancang nak ke sini bolehlaaa dan untuk siapa yg datang dengan bas pum boleh dan lagik seronok sbb nanti dia buat cabutan bertuah sekiranya ada 20 org membeli RM 20 ketas di NooR Arfa ~~ tak silap aku sbb...huhuhu...~~

Akan datang akan ku ceritakan tentang Noor Arfa...Insya-Allah...

oleh itu, datanglah ke Chendering sbb macam-macam ada....jadi rancanglah percutian anda dengan baik....jangn lupa datang jugak kat sinii....

Permint Sutera Semai Sdn Bhd

(131026-H)
Address:Contact:
21080 Chendering,
Terengganu
Tel: 09-617 1355
Fax: 09-617 1791



pelbagai jenis kain sutera yg boleh kiterr dapat....dan mcm2 lagi ada kat sinii~~

Itu sahaja untuk setakat ini...nanti blog akan dtg akan ku ceitakan tentang Apa yg ada di Kuala Ibai dan jugak tak ku lupa tentang Noor Arfa BAtik, Terengganu

Terima kasihhh...Sayang u all semuaa!!!

Tuesday, April 20, 2010

meh ckp ganu kiterrr!!


salam sayang, salam hormat:P:)

pe kabor semua??!! maaf sangt2 sbb ku dah lama tak update blog bukan apa biaserrlah nak dekat dgn final exam nieee mcm2 kena siapkan....

kata org putih " if u as a student u MUST be responsibilities what ever u got assigmnt or anything else"....

*terpikir pulak knapa hari niee nak ckp org putihhh...oooo

sbnrnya aku nak ckp pasal loghat2 trg yg sokmo2 org trg guna...





oleh itu, meh kiter blajo ckp ganu!!!

beso jereguk...= terlalu besar

dulli mung = peduli ape ke awak

kattok wong = katak

sekut merri = biskut merry yang bulat2 tu

boloq woq = sesak @ berserabut

kuning siyor = kuning

buruk leppok= buruk giler

toho leppeh= air yg cetek

tubek gembong = buasir

Wohulu = bahulu

tubek = keluar

panah kettek= panas yang teramat

paik nepang = pahit yg amat2

kuba balo = kerbau yg ada wana perang2

beng ikang = van @lori yg bawa ikan

busuk kohong = busuk teramat


nebeng ngoh = ter over


pekat likat = pekat ah

nganjing = meng anjing-anjingkan??? mempermainkan


sepeng = contohnya, rambut yang di potong tak sekata

plekong = baling

tohok = buang

siyek = koyak

peteh keting = pentes kaki supaya terjatuh

glewak = kelam kabut

nawok = nipu

sebenarnya banyak lagi aku nak kongsikan tapi nie ajeer yg ku raser ku fhm sbb hari2 ku duk guna dekt politeknik....

tetapi...:)

ku nak bagi link dkt pembaca yg ku sayang sbb nak britahu sebnarnya byk lagi perkataan ganu niee tak semuanya berakhir dgn huruf "-ng" aje tauu...

.

ini sajerr coretan ku kali ini, nanti ku sambung citerrr lain2 pulak!! nantikan tauuu!!!


With LOve, Love n Love



Thursday, April 8, 2010

Mera Mall, Kerteh

Salam Sayang, Salam Hormat :):P


Mesti semua kenal kat mana MESRA MALL kan2??.....uhuhuhu....tapi aku nak cerita jugak kat pembaca yang ku sayang semua....sebenarnya....Mesra mall niee ada macam kalah bandaraya Kuala Terengganu....aku yang duk kat bandaraya nieee pum tak adalah brand jualan yang mcm kat kerteh!!!



Kalau lalu ajerr kat Mesra Mall tuuu memang tak seronok kalau tak berhenti....jadi macam tak lengkap pulak travelling aku nieee!!!uhuhuhu.... adik aku setiap kali berhenti kat situ confirm suka gie dekat kedai


tapi kalau aku mesti suka gie kat kedai kain kat mana lagi kalau bukan dekat.......




(kat sini aku suka borong kain yg memang harganya berbaloi-baloi....)

tapi kalau habit mak aku memang suka gie belikan...


.

(memang sedap...sebab kandunga gula banyak gila!!!)

PERINGATAN!!! untuk penyakit diabetes memang tidak disyorkan...

kalau... adik aku, aku, mak aku semuanya dah ada tempat yang nak tuju kat mana pulak aboh aku tuju yerrr....huhuhu....jangan risau...tempat favourite aboh aku....ini diaaa....




(kat Rotiboy nieee ada cappucino memang kegemaran aboh aku)

so, aku nak simpulkan yang paling ringkas bahwa MESRA MALL nee memang sesuai untk satu keluarga berjalan-jalan dan bershopping sbb mcm2 ada kalah Bandaraya Kuala Trengganu....

kat sini aku listkan yang mana aku ingat kedai apa yg ada lagi kat sini....

- body shop

-. Popular Bookstore

- Giordano

- Guardian

- Reject shop

- Bata

- Carlo Rino

- TMC supermarket

oleh itu, datang lah ke Mesra mall, Kerteh nieee macam2 disediakan bersama keluarga anda....




Nantikan lagi tempat-tempat yang menarik tau hanya di Terengganu Kiterrr...



We Love, Love And Love....