Tuesday, June 8, 2010

KeropoK Lekor kegeMaraN RAmai

Salam hormat, Salam sayang:P:)

Apa khabar?? maaf pada bulan 5 aku x sempat nak upadate blog kerana terlalu banyak komitmen yg perlu aku laksanakan....apa2 pum Insya-Allah aku akan sentiasa mengupdate blog kali ini....



Itulah keputusannya...walaupun kurang undian tapi mmg tetap menyatakan KEropok lekoR tetap menjadi lambanG negeri Terengganu...

CAra Pembuatan KeropoK lekor...



KEROPOK LEKOR TERENGGANU
SUMBER: KAK WAN

BAHAN-BAHANNYA:

4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan

CARA MEMBUATNYA:

Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA

1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung



sumber daripada: Mesra.net


SELAMAT MENCUBA!!!



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete